Menu

Ciri-ciri Bulan

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fatin & Jiha
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 10 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kertas
2) Gunting
3) Gam
4) Pita pelekat
5) Mesin pencetak
6) Komputer

Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan daya fikir dan kreativiti para peserta.
2) Memahami kewujudan kawah bulan.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan tentang kawah bulan iaitu bentuk-bentuk yang terjadi apabila batu-batu angkasa seperti asteroid melanggar ke atas permukaan bulan. Kawah bulan terjadi disebabkan beberapa faktor.

Faktor pertama adalah kerana tiada lapisan atmosfera untuk melindungi permukaan bulan daripada batu-batu angkasa tersebut jadi bulan terima banyak hentaman. Ini bermakna ia tidak mempunyai angin, ia tidak mempunyai cuaca, dan ia tidak mempunyai tanaman. Hampir tiada apa yang boleh membuang hentaman pada permukaan bulan apabila ia dibuat.

Faktor yang kedua adalah kerana sesuatu proses yang dipanggil tektonik. Tektonik adalah proses yang terjadi apabila permukaan bulan membentuk batu-batu baru, menghilangkan batu-batu lama, dan batu-batu itu beralih selama berjuta-juta tahun seperti di bumi.

Akhir sekali, faktor yang terjadi adalah kerana gunung berapi. Aliran gunung berapi boleh menutupi kesan kawah. Bulan pernah sekali, mempunyai aliran gunung berapi yang besar pada masa lalu yang menutupi banyak kesan awal yang lebih besar, tetapi gunung berapi telah lama tidak berlaku sejak sekitar tiga bilion tahun.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Muat turun template aktiviti dari button di bawah:

2. Gunting keratan yang telah disediakan di dalam maklumat. Jangan lupa gunting satu garisan di tengah-tengah keratan yang keempat.

3. Lipat keratan kertas yang pertama dan kedua seperti di dalam gambar.

4. Lekatkan keratan yang pertama dengan yang kelima seperti di dalam gambar.

Setelah siap jadilah seperti ini!

5. Ulang langkah yang keempat bagi keratan yang kedua dengan yang keempat.
6. Kemudian, lekatkan keratan keenam dengan keratan keempat seperti di dalam gambar.

7. Lekatkan satu bahagian daripada dua kubah bulan itu menggunakan pita pelekat agar kelihatan boleh dibuka seperti ini.

8. Akhir sekali, jadikan keratan yang ketiga bulat seperti dalam gambar menggunakan gam atau pita pelekat. Kemudian letakkan di bawah model bulan yang telah siap tadi.

9. Inilah hasilnya!
10. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *