Menu

Kraf Suria

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Aima & Nabila
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 minit

Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kertas A4 putih
2) Gunting
3) Kertas bewarna Oren
4) Gam
5) Surat khabar
6) Cat air
7) Pensil
8) Tali
9) Penebuk lubang

Objektif Pembelajaran :
1) Mencipta kraftangan dari bahan yang mudah diperoleh.
2) Memahami kesan atmosfera terhadap warna Matahari.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan tentang warna matahari yang sering dilihat dan dibayang oleh mata kita.Persoalannya, apakah warna sebenar Matahari? Matahari berwarna putih!.Tapi, mengapa kita lihat Matahari berwarna adakalanya putih, kuning, merah dan jingga? Dari perspektif kita, Matahari kelihatan berwarna merah/jingga terutamanya pada waktu Matahari sedang terbit dan Matahari hampir terbenam. Jika kita menggunakan prisma kita akan nampak pelbagai warna yang dikenali warna pelangi yang diasingkan oleh prisma. Oleh itu, Matahari kelihatan berwarna kuning, jingga dan merah adalah disebabkan oleh atmosfera. Atmosfera berperanan seperti filter spektrum warna cahaya tampak, menyebabkan cahaya matahari diserakkan (scattered) oleh atmosfera.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Gunting kertas A4 kepada bentuk bulat.
2. Tekapkan tapak tangan diatas kertas bewarna oren dan lukiskan menggunakan pensil.
3. Guntingkan bentuk tapak tangan tersebut.
4. Sediakan cat bewarna oren,kuning dan merah.
5. Koyakkan sedikit bahagian surat khabar dan gumpalkan.
6. Celupkan sebahagian gumpalan surat khabar ke dalam cat bewarna merah.
7. Copkan warna tersebut ke atas kertas A4 berbentuk bulat tadi.
8. Ulang langkah 6 dan 7 dengan menggantikan warna merah kepada warna kuning dan oren sehingga warna memenuhi bulatan tersebut.
9. Tampalkan kertas berbentuk tangan pada bahagian bingkai bulatan tersebut.
10. Buatkan lubang pada kertas tersebut dan masukkan tali.
11. Gantungkan kraf suria tersebut di dalam rumah.
12. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *