Altitud

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Asyraff, Fatinah & Muaz
Editor: Dr. Raihana, Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Rubu’ Mujayyab Diy
2) Pensel

Objektif Pembelajaran :
1) Mengaplikasi asas penggunaan Rubu’ Mujayyab.
2) Mengira altitud objek samawi.

Latar Belakang :
Jika zaman sekarang, kehidupan kita semua dipermudah dengan alatan pengiraan seperti kalkulator, trigonometri dan software. Tahukah anda bahawa beberapada dekat ke belakang para ilmuan memperkenalkan sebuah teknologi astronomi agung yang dinamakan sebagai Rubu’ Mujayyab.

Rubu’ Mujayyab merupakan sebuah alat yang boleh digunakan untuk membuat pengiraan seperti trigonometri. Dengan hanya menggunakan sebuah alat para ilmuwan dapat menghitung arah kiblat, waktu solat serta nilai altitud sesuatu objek.

Rubu’ Mujayyab boleh digunakan untuk mengukur ketinggian objek di langit seperti Matahari, Bulan dan Planet dengan berpandukan altitud pada Rubu’. Jadi dengan menggunakan Rubu’ yang adik-adik miliki sekarang, adik-adik juga boleh menghitung altitud bagi pelbagai objek termasuk bulan dan bintang!

Sebelum itu, apakah itu altitud?
>> Altitud adalah ketinggian dari paras laut yang dihitung dengan menggunakan unit darjah (°). Sebagai contoh, 30°, 40°, dan 90° Dengan menggunakan Rubu’, kita akan memperoleh nilai altitud suatu objek dalam bentuk sudut.

AMARAN! JANGAN LIHAT SECARA TERUS KE ARAH MATAHARI.
Melihat terus ke arah matahari boleh mengakibat kerosakkan pada mata anda.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Lihat ke bahagian atas objek melalui lubang straw.
2. Minta pertolongan daripada ibubapa atau adik beradik anda untuk membacakan nilai berdasarkan di mana benang melintasi skala pada Rubu’.
3. Catatkan nilai altitud berdasarkan titik di mana benang melintasi skala pada Rubu’.

*Nota:
Planet Zuhrah boleh dilihat di bahagian antara Barat ke Barat laut pada pukul 7.40pm hingga 9.00pm. Gunakan Kompas pada telefon pintar untuk melihat arah mata angin.

Gunakan contoh jadual ini untuk menghitung altitud Bulan dan Zuhrah.

4. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Sumber gambar aktiviti: http://cse.ssl.berkeley.edu/AtHomeAstronomy/activity_08.html

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *