Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Ain & Zuha
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 4 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Template bumi
2) Pensel warna
3) Pensel

Objektif Pembelajaran :
1) Dapat mengetahui bentuk muka bumi.
2) Mengenalpasti daratan atau lautan lebih luas.
3) Menyebutkan nama benua dan lautan.

Latar Belakang :
Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. 71% permukaan bumi dari lautan dan 29% selebihnya daratan. Bumi terdiri daripada 7 bahagian daratan yang dikenali sebagai benua iaitu 

1) Benua Afrika…………………………………5) Benua Asia
2) Benua Amerika Selatan…………….6) Benua Australia
3) Benua Amerika Utara………………. 7) Benua Eropah
4) Benua Antartika

Bumi mempunyai lima lautan luas iaitu
1) Lautan Artik
2) Lautan Atlantik
3) Lautan Hindi
4) Lautan Pasifik
5) Lautan Selatan

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Cetak template bumi melalui link yang disediakan.
2. Warnakan bumi berdasarkan contoh yang telah diberikan.
3. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

7 Benua di Bumi.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *