Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Asyraff & Muaz
Editor: Hafez & Hazim
Tempoh Masa : 30 – 45 minit
Kesesuaian Umur : 5 tahun hingga 12 tahun
Peralatan dan Bahan :
1) Bintang**
2) Garisan**
3) Kertas yang berwarna gelap, (sugar paper)
4) Gunting
5) Gam
Bahan Cadangan:
**Bintang = Marshmallow, pemadam, plastisin, kentang.
**Garisan= Lidi, benang, lidi, cutton bud yang telah dipotong, pencungkil gigi.
Objektif Pembelajaran :
1) Mengenali 4 jenis buruj.
2) Menerangkan tentang 4 buruj yang boleh lihat di langit Malaysia.
Latar Belakang :
Buruj merupakan sekumpulan bintang yang membentuk sesebuah bentuk, imej atau corak di langit Bumi. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj boleh dilihat pada waktu malam di ruang angkasa. Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.
Antaranya ialah :
1) Buruj Belantik (Orion)
2) Buruj Biduk (Big Dipper)
3) Buruj Skorpio / kala (Scorpio)
4) Buruj Pari (Crux)
Namun begitu di khatulistiwa khususnya di Malaysia, terdapat empat buruj paling terang antara buruj-buruj yang lain dan lebih mudah kelihatan pada waktu malam.Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Tahukah anda apakah sebabnya?
Ini disebabkan kedudukan buruj tersebut di langit Malaysia yang sentiasa berubah mengikut putaran bumi dan mengikut peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Sediakan sejumlah 47 biji marshmellow (lebih pun tidak mengapa).
i – Biduk = 7 biji marshmellow
ii – Belantik = 19 bijimarshmellow
iii – Pari = 4 biji marshmellow
iv – Skorpio = 17 biji marshmellow
2. Dengan lidi-lidi yang ada, sediakan sejumlah:
i – Biduk – 7 batang lidi
ii – Belantik – 21 lidi
iii – Pari – 2 batang lidi
iv – Skorpio – 16 batang lidi
-> Jika menggunakan kentang, anda perlu menggunakan pisau dengan bimbingan ibu bapa untuk memotong kentang berbentuk kiub kecil.
3. Dengan menggunakan gunting, potong kertas hitam (sugar paper) mengikut saiz A4 atau A3.
4. Dengan menjadikan marshmellow sebagai bintang, susun di atas kertas berwarna gelap (sugar paper) yang sudah dipotong sebentar tadi, dengan mengikut kedudukan setiap bintang seperti gambarajah yang diberikan.
5. Sapukan gam di bahagian bawah marshmellow supaya dapat dilekatkan di atas permukaan kertas.
6. Sambungkan marshmellow yang sudah disusun di atas kertas hitam sebentar tadi dengan menggunakan lidi yang disediakan.
7. Jika kedudukan marshmellow terlalu rapat, gunakan tenaga untuk mematahkan lidi supaya sesuai untuk disambungkan.
8. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.
Berikut adalah contoh model yang siap menggunakan marshmallow:
Anda juga boleh muat turun aktiviti dibawah ini:
Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!