Cipta Logo Roket

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Najmi & Farid
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kertas A4 Putih
2) Pensel
3) Pensel warna
4) Alat tulis lain yang dirasakan perlu

Objektif Pembelajaran :
1) Merekacipta logo ciptaan sendiri.
2) Meningkatkan daya fikir para peserta.

Latar Belakang :
Melalui Modul ini para peserta diberikan kebebasan dalam merangka dan memikirkan apa dan jenis bentuk logo yang akan mewakili misi roket ke angkasa lepas, yang mana setiap misi manusia yang akan berlepas ke angkasa lepas akan direkakan satu logo yang akan mewakili program ke angkasa lepas tersebut. Ia juga akan memperlihatkan kreativiti pada peserta dalam menghasilkan logo yang unik untuk tatapan semua.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Setiap peserta bebas untuk mereka bentuk apa jenis logo roket.
2. Peserta diminta untuk melukis dan mewarna mengikuti kreativiti masing-masing dalam penghasilan logo roket tersebut.
3. Setiap bentuk mahupun warna mesti mewakili maksud tertentu, sebagai contoh warna merah melambangkan kegagahan sesuatu objek itu sendiri.
4. Sebagai contoh, dibawah ini ada pelbagai jenis contoh yang boleh dibuat panduan kepada yang mahu mencari idea untuk memulakan penghasilan logo misi roket tersebut.
5. Peserta diminta untuk mengambil gambar setelah menyiapkan tugasan ini.
6. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Contoh logo.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *