DIY Rubu’ Mujayyab

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Asyraff, Fatinah & Muaz
Editor: Dr. Raihana, Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Template Rubu’
2) Kotak
3) Gunting
4) Gam/Double sided tape
5) Benang
6) Pita pelekat
7) Batu kecil/pemadam/bandul

Objektif Pembelajaran :
1) Mengenali alat tradisional falak.
2) Mengenali rupa bentuk rubu’ mujayyab.

Latar Belakang :
Astronomi telah dipelopori sejak zaman dahulu lagi oleh para ilmuan Islam seperti Al-Khawarizmi (266H/850M) dan Ibnu Al-Shatir (1375). Walaupun pada zaman tersebut tiada kalkulator, teleskop dan alatan moden, mereka masih mampu menghitung altitud matahari dan bulan untuk menentukan waktu solat, awal bulan islam dan arah kiblat.

Jadi, apakah alatan yang mereka gunakan?
Rubu’ Mujayyab. Ya Rubu’ Mujayyab! Rubu’MMujayyab ( الربع المجيب ) berasal daripada dua perkataan Bahasa Arab iaitu Rubu’ (ربع) dan Mujayyab (المجيب).
“Rubu’” bermaksud suku manakala “Mujayyab” yang bermaksud ditandakan dengan menggunakan sinus (dalam bidang matematik, fungsi trigonometri digunakan untuk menghubungkan sudut segi tiga dengan mana-mana panjang sisi segi tiga itu.)

Rubu’ secara bahasa bermaskud satu per empat, (¼). Manakala, dari sudut istilah pula, rubu‘ mujayyab ditakrifkan sebagai sejenis alat tradisional falak (astronomi) yang dicipta khusus untuk pengukuran sudut dan waktu.

Rubu’ Mujayyab telah dicipta oleh seorang ahli falak Syria pada kurun ke 14 bernama Ibnu Asy-Shatir. Ia adalah sejenis alat tradisional falak yang berbentuk suku bulatan. Ia adalah alat yang penting yang digunakan dalam untuk :
>> Mengetahui waktu
>> Menentukan waktu solat
>> Mengetahui buruj-buruj
>> Mengukur arah kiblat
>> Mengetahui ketinggian serta kedalaman sesuatu objek
>> Menghitung trigonometri
>> Mengukur sudut

Rubu’ Mujayyab berbentuk satu per empat atau quadrant daripada sebuah bulatan mempunyai sudut tepat 90° dan memiliki nilai panjang 2 sisi yang sama. Terdapat nilai senggat daripada 0° hingga 90° pada kedua-dua arah lengkuk. Iaitu, satu set nombor 0° bermula pada hujung kiri lengkok dan pergi ke 90° di hujung kanan manakala satu set lagi 0° berada pada kanan dan 90° berada di kiri. Nombor-nombor ini membolehkan alat ini mengukur altitud atau jarak zenith atau kedua-duanya sekali.

Manakala pada bahagian hujung sudut tepat, terdapat lubang pin yang bertali dan pemberat kecil pada bahagian hujung lain. Tali ini dipanggil “Khait” dan digunakan sebagai tali ladung atau pemberat ketika mengukur altitud cakerawala. Ia juga digunakan sebagai penunjuk sudut ketika membuat pengiraan dengan alat ini.

Percaya atau tidak, adik-adik juga boleh mempunyai Rubu’ Mujayyab sendiri! Ikuti langkah-langkah di bawah. Selamat mencuba!

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Cetak salinan gambar Rubu’ Mujayyab.
2. Potong cetakan Rubu’ Mujayyab mengikut garisan tepi.
3. Lekatan salinan gambar Rubu’ Mujayyab ke atas sekeping kadbod atau kotak.

4. Potong kadbod atau kotak mengikut bentuk Rubu’ Mujayyab dengan menggunakan gunting.

5. Potong penyedut minuman dengan panjangnya yang sama seperti sisi Rubu’ Mujayyab.
6. Dengan menggunakan pita pelekat, lekatkan penyedut minuman pada bahagian tepi Rubu’ Mujayyab yang bertanda “Lekatkan straw di sini.” **Berhati-hati agar tidak melekatkan penyedut minuman pada Rubu’ Mujayyab, tetapi hanya pada bahagian tepi sahaja.

7. Seterusnya, masukkan benang menerusi lubang kecil pada bahagian sudut Rubu’ Mujayyab dengan berhati-hati, kemudian simpulkan benang pada bahagian hujung benang atau lekatkan menggunakan pita pelekat pada bahagian belakang kadbod.

8. Ikat pemberat kecil di bahagian hujung benang yang satu lagi seperti yang ditunjukkan. Kini anda telah membina sebuah Rubu’ Mujayyab!

9. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Rujukan gambar aktiviti: http://cse.ssl.berkeley.edu/AtHomeAstronomy/activity_07.html

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *