DIY Sistem Suria

Dirangka dan diubahsuai oleh: Fahim & Zaid
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 1 – 2 jam

Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kotak Kasut Lelaki Anggaran 15 inci x 10 inci x 5½ inci (36 x 25 x 13 cm)
2) Warna Arkilik/Warna Air
3) Tanah Liat pelbagai warna
4) Berus Warna
5) 5 Bola Polisterin Berbeza Saiz : 1 Bola besar Bersaiz Max 4 inci, 2 Bola sederhana Bersaiz Max 3 inci, 2 Bola kecil Bersaiz Max 2 inci .Jika tiada bola polisterin, boleh muat turun dan cetak gambar planet dibawah yang disediakan sebagai alternatif yang lebih mudah.

6) Lidi
7) Tali Benang/Tangsi
8) Kertas A4 berwarna Kuning
9) Hot Glue Gun
10) Pisau Pemotong Kertas/ gunting
11) Jangka lukis
12) Pita pelekat

Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan skil kognitif para peserta.
2) Membantu membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah.
3) Mengenali sistem suria dengan lebih baik.
4) Meningkatkan koordinasi mata dan tangan peserta.
5) Melatih peserta supaya menggunakan kreativiti pada tahap maksimum.

Latar Belakang :

  • Sistem suria mempunyai pusat iaitu matahari. 
  • Terdapat 8 planet yang mengelilingi matahari. 
  • Planet itu terbahagi kepada dua jenis iaitu planet berjisim batu dan berjisim gas.
  • Terdapat lingkaran asteroid yang memisahkan antara planet Marikh dan Musytari.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Warnakan dalam kotak kasut itu dengan warna hitam secara kesuluruhan.
2. Cucuk kesemua bola polisterin sebelum memulakan proses mewarna supaya mudah.
3. Warnakan 1 bola besar dengan warna Matahari mengikut kreativiti peserta.
4. Warnakan 2 bola yang bersaiz sederhana iaitu Jupiter dan Saturn mengikut kreativiti masing-masing.
5. Warnakan 2 bola kecil iaitu Uranus dan Neptun mengikut kreativiti masing-masing.
6. Gegelang pada Saturn: setkan jangka lukis pada 3 inci dan lukis pada kertas warna tersebut dan setkan semula jangka lukis pada 3.5 inci untuk bulatan kedua bertujuan bagai gegelang. Guntingkan bulatan yang berdiameter 3” dan lekatkan gegelung dengan gam pada planet Saturn. Lihat gambar dibawah sebagai panduan.

7. Setelah kering, Lubangkan Bola polisterin dengan mencucuk lidi dari pada bawah bola sehingga tembus kemudian ikatkan tali pada hujung lidi dan tarik lidi supaya tali melepasi lubang yang telah dibuat. Gamkan hujung tali supaya tidak bergerak.
8. Bentukkan 4 planet menggunakan tanah liat mewakili planet Mercury, Bumi, Venus dan Marikh dengan mencampurkan beberapa warna tanah liat mengikut kreativiti peserta.
9. Lubangkan tanah liat yang telah siap dibentuk dan ulang langkah7.
10. Gunakan warna putih dan lukiskan bintang-bintang pada kotak yang telah dicat hitam.
11. Lubangkan kotak dan gantung model planet mengikut susunan menggunakan pita pelekat daripada matahari dan seterusnya sehingga planet terakhir.

12. Kongsikan bersama dengan team Apadilangit dengan menaik di laman sosial masing-masing dengan tag Apadilangit dan tanda pagar #ApadilangitMakan #ApadilangitAtHome

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *