Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fatin & Jiha
Editor: Hafez & Hazim
Tempoh Masa : 30 – 45 minit
Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 13 tahun
Peralatan dan Bahan :
1) 4 Pinggan kertas atau kertas berbentuk bulat
2) Marker
3) Krayon atau Water colour
4) Pensel
5) Pembaris
6) Penebuk lubang
7) Gunting
8) Pengikat atau pin
Objektif Pembelajaran :
1) Memahami kitaran dan fasa-fasa Bulan.
2) Menerangkan pergerakan bulan.
Latar Belakang :
Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita. Bulan adalah satelit semula jadi Bumi yang sentiasa beredar mengelilingi Bumi. Bulan mengambil masa selama 29.5 hari untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi Bumi. Hal ini menyebabkan perubahan bentuk pada bulan yang dapat kita lihat dari bumi. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dari masa ke masa. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana fasa-fasa bulan berlaku.

Bulan Baru | Apabila permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat dilihat di langit malam. |
Bulan Sabit | Hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi. |
Bulan Separa | Sebahagian permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. |
Bulan Hampir Purnama | Semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. |
Bulan Purnama | Berlaku apabila Bulan berada di sebelah Bumi yang bertentangan dengan Matahari. |
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Warna satu pinggan yang pertama dengan warna hitam. Pinggan ini akan mewakili Bulan baru.
2. Kemudian warna satu pinggan yang kedua seperti bulan purnama. Pinggan tersebut dicat putih, kuning atau kelabu. Anda digalakkan untuk menambah kawah, kawasan gelap atau butiran lain yang diingini.

3. Lipat separuh pinggan yang ketiga kemudian buat garisan di atas lipatan tersebut.

4. Potong pinggan mengikut garisan yang dilukis tadi. Setelah siap dipotong, warna seperti bulan purnama hanya di satu bahagian sahaja.

5) Selepas itu, ambil pinggan yang keempat dan lukis garisan merah seperti di bawah. Potong mengikut garisan dan warnakan mengikut bulan purnama.

6) Anda kini bersedia untuk menyusun! Letakkan kesemua bulan yang dibuat mengikut susunan berikut: bulan sabit, separa, hampir penuh dan penuh.

7) Akhir sekali, gabung dan tebuk bahagian atas pinggan seperti di bawah. Kemudian pin pinggan-pinggan tersebut menggunakan pengikat kertas atau pin. Anda kini boleh menyemak fasa bulan menggunakan pinggan yang telah dipasang! Pelajar juga boleh menulis nama fasa di atas pinggan.
8. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Sekiranya tiada pinggan kertas, anda boleh menggunakan kertas berbentuk bulat yang boleh dibuat sendiri, dengan:
1) Ambil 4 helai kertas.
2) Ambil satu bekas yang berbentuk bulat kemudian letakkan bekas di atas satu helai kertas ,seterusnya lukis satu garisan mengikut bekas tersebut.
3) Angkat bekas kemudian gunting mengikut garisan bulatan tersebut.
4) Ulang langkah 2 dan 3 bagi kertas yang seterusnya. Jadi pinggan kertas anda sudah siap! Anda boleh teruskan dengan langkah membuat fasa-fasa bulan di atas.
Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!
mohon izin untuk guna dalam PBL saya
dipersilakan..semoga dapat membantu pelajar.
Nk tanya berapa kali fasa bulan penuh berlaku setiap bulan
Kebiasaanya, fasa bulan penuh berlaku sekali setiap bulan masihi. Namun kadang-kadang adanya terjadi 2 kali fenomena fasa bulan penuh dalam 1 bulan masihi contohnya sekali di awal bulan dan sekali di akhir bulan. Kalau dilihat dalam bulan hijri, tidak akan pernah berlaku 2 kali fenomena fasa bulan penuh dalam 1 bulan hijri. Ini disebabkan jumlah hari bagi takwim hijri adalah sekitar 29.5 hari sebulan manakala jumlah hari bagi takwim masihi adalah 28-31 hari sebulan. Perbezaan jumlah hari inilah jika dikira, antara sebab kenapa terjadinya 2 kali fasa bulan penuh dalam 1 bulan masihi.
nak tanya apakah akan terjadi pada permukaan bumi jika bulan tidak kelihatan pada waktu malam
Bergantung kepada fasa bulan. Ada masa, bulan kelihatan sepanjang waktu malam. Ada masa hanya sekejap sahaja kelihatan pada waktu malam. Tiada apa-apa signifikan berlaku kepada permukaan Bumi kecuali pasang-surut air laut.
Apa tip yang boleh kan kita ingat fasa fasa bulan
kene daftar dan join Apadilangit@Home Workshop 3: Fasa Bulan untuk tahu tipsnya 🙂
apa terjadi jika fasa bulan tiada
Jika tiada fasa bulan ini bermaksud, sama ada:
1. tiada cahaya matahari
2. bulan tidak bergerak
3. bumi tidak berputar
4. bulan tidak wujud
dan lain-lain..banyak ketidakpastiannya..ini kerana, fasa bulan terjadi disebabkan oleh cahaya yang dipantulkan dari matahari. Selain itu, disebabkan bulan bergerak mengorbit bumi serta bumi berputar atas paksinya. Maka sebab itulah fasa bulan terjadi.