Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fahim & Zaid
Editor: Hafez & Hazim
Tempoh Masa : 7 – 15 minit
Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 12 tahun
Peralatan dan Bahan :
1) Buah-buahan
2) Pisau
3) Pinggan besar
4) Benang/Krimer
Objektif Pembelajaran :
1) Memperkenalkan model sistem suria kepada peserta.
2) Membina kemahiran daya kreativiti peserta.
3) Mengenali sistem suria dengan lebih baik.
Latar Belakang :
Modul ini memperkenalkan kepada peserta tentang sistem suria dalam bentuk snek seperti buah-buahan. Ia juga dapat menarik perhatian untuk mengajar peserta makan buahan. Selain dapat mengetahui tentang kedudukan planet, peserta juga mendapat gambaran tentang saiz bentuk planet.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Peserta boleh memotong buah mengikut kreativiti masing-masing tetapi perlu dengan bantuan pengawasan ibu bapa.
2. Peserta perlu membuat lingkaran pada pinggan menggunakan benang atau krimer.
3. Peserta menyusun buah-buah mengikut saiz/bentuk planet itu pada tempatnya.
4. Kongsikan bersama dengan team Apadilangit dengan menaik di laman sosial masing-masing dengan tag Apadilangit dan tanda pagar #ApadilangitMakan #ApadilangitAtHome
Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!