Sambutan Hari Cahaya Sedunia memasuki tahun kedua sambutannya di Malaysia yang dianjurkan oleh Apadilangit. Penganjuran tahun 2021 dibuat dengan kerjasama Planetarium Negara, Pusat STEM Negara, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan PhysicsOTherapy.
Hari Cahaya Sedunia adalah inisiatif UNESCO yang disambut setiap tahun pada 16 Mei bertujuan untuk mendedahkan tentang manfaat cahaya serta peranannya dalam sains, budaya, seni, pendidikan, pembangunan, dan dalam bidang yang pelbagai seperti perubatan, komunikasi serta tenaga.Â
Tema cahaya yang universal membolehkan masyarakat seluruh dunia mengambil bahagian dalam aktiviti yang menunjukkan bagaimana sains, teknologi, seni dan budaya dapat membantu mencapai matlamat UNESCO – pendidikan, persamaan, dan keamanan.
Laman sesawang rasmi International Day of Light (klik sini).






Nantikan pelbagai program menarik
