Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Farid, Najmi & Sarah
Editor: Dr. Raihana, Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 20 – 30 minit

Kesesuaian Umur : 10 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Sambungan internet
2) Peranti mudah alih / komputer
3) Pautan Laman Web Quizizz

Objektif Pembelajaran :
1) Memahami asas ilmu falak dan astronomi islam.
2) Dapat mengetahui kegunaan asas bagi peralatan falak dalam kegiatan ibadat umat islam seharian.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan mengenai asas ilmu falak dan astronomi dalam Islam. *Nota: Pastikan anda telah membaca maklumat tentang Ilmu Falak di ruangan Latar Belakang sebelum menjawab kuiz.

A) Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu astronomi?
Ilmu astronomi juga dikenali dengan ilmu falak adalah merupakan ilmu yang mempelajari tentang posisi benda-benda langit, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Selain itu juga, ilmu inimerupakan ilmu yang dikenali sebagai ibu kepada sains (queen of science) itu sendiri. Surah al-Anbiyā’: ayat 33 menerangkan mengenai pergerakan objek langit pada paksi peredarannya yang tersendiri.

B) Kenapakah perlunya kita belajar mengenali ilmu falak ini?
>> Mengkaji mengenai pergerakan jasad-jasad samawi khususnya bulan, matahari, bintang dan planet pada orbitnya masing-masing.
>> Ilmu falak sebagai wasilah menyempurnakan ibadah. Sebagai contoh hitungan watu solat, penyusunan kalendar hijri dan arah kiblat.
>> Ilmu falak sebagai ilmu yang menaikkan martabat insan. Sebagai contoh, dalam Al – Quran banyak terdapat ayat yang menyuruh manusia untuk melihat alam dan memanfaatkannya.
>> Mengetahui peralatan falak yang digunakan untuk membuat kajian-kajian yang berkaitan falak.
>> Dapat mengenali tokoh falak yang menyumbang kepada perkembangan ilmu falak itu sendiri.

C) Siapakah yang mentadbir dalam bidang falak syarie di negara ini?
Di negara Malaysia, skop kajian ilmu falak khususnya falak syar‘ie di jabatan-jabatan mufti negeri tertumpu bagi tujuan penyempurnaan sesuatu ibadah khususnya bidang-bidang yang berkaitan penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan takwim hijrah, penetapan anak bulan dan gerhana matahari serta bulan.

Kaitan kedudukan Matahari dengan masuknya waktu solat.

Melalui aktiviti ini, sedikit sebanyak dapat mendedahkan dan mempelajari ilmu asas mengenai ilmu falak dan astronomi secara umum yang mana mempelajari ilmu ini sesuatu yang menyeronokkan bagi para peserta tidak kira sesiapa pun.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Para peserta atau penjaga perlu memastikan capaian internet disambungkan pada peranti yang digunakan seperti komputer atau telefon pintar.
2. Setiap peserta akan diminta untuk klik pautan dibawah untuk memulakan aktiviti kuiz yang bertema astronomi dan falak.
3. Kemudian tekan button Play untuk mula menjawab kuiz.

https://bit.ly/kuizfalakapadilangit

4. Kongsikan markah anda setelah siap menjawab kuiz di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *