Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fatin, Najiha & Syazwani
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 20 – 30 minit

Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Tepung puding segera
2) Susu tepung
3) Air
4) Beg plastik biasa atau beg zip plastik
5) Sudu penyukat
6) Cawan penyukat

Objektif Pembelajaran :
1) Memahami bagaimana angkasawan makan di dalam kapal angkasa.
2) Menambah ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang makanan angkasawan.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan tentang bagaimana angkasawan makan di ruang angkasa. Angkasawan makan tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pakar pemakanan memastikan makanan yang dimakan oleh angkasawan memberi mereka diet yang seimbang dengan vitamin dan mineral serta kalori yang mencukupi.

Di Stesen Angkasa Antarabangsa tiada peti ais, jadi makanan mesti disimpan dan disediakan dengan baik untuk mengelakkan kerosakan, terutama untuk tempoh yang lebih lama. Ketuhar juga ada disediakan jika perlu memanaskan makanan.

Paket makanan angkasawan.

Bahan perasa seperti gula, garam, kicap, dan sos boleh dimakan tetapi hanya dalam bentuk cecair. Ini kerana angkasawan tidak boleh taburkan garam dan sos pada makanan mereka di ruang angkasa. Jika mereka tabur, garam dan sos hanya akan terapung. Ini akan menyumbat lubang udara, menjejaskan peralatan atau termasuk ke dalam mata, mulut atau hidung angkasawan.

Makanan angkasawan dibungkus untuk mengelakkan makanan dari terapung. Pembungkusan makanan direka supaya mudah digunakan, serta untuk memaksimumkan ruang apabila menyusun atau membuang bekas makanan.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Sediakan ½ cawan air kemudian masukkan dua sudu susu tepung dan dua sudu tepung puding segera ke dalam cawan tersebut.
2. Setelah itu, kacau adunan sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan adunan ke dalam beg plastik dan tutup atau ikat bahagian atasnya dengan ketat menggunakan getah atau tali jika tiada beg zip plastik.
4. Puding angkasa anda sudah siap! Untuk lebih sedap letakkan puding angkasa itu selama 5-10 minit di dalam peti sejuk.
5. Akhir sekali, potong sedikit beg plastik di hujung dan sedut puding angkasa itu seperti angkasawan.
6. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Lihat bagaimana angkasawan ini memakan puding di dalam stesen angkasa antarabangsa.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *