Penanda Roket

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Aima, Nabilah & Syahindah
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 60 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 13 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kertas warna
2) Pensel
3) Gam
4) Gunting
5) Pembaris

Objektif Pembelajaran :
1) Menarik minat kanak-kanak dalam bidang teknologi dan angkasa.
2) Meningkatkan keupayaan kanak-kanak mencipta bentuk roket terkini.

Latar Belakang :
Apakah maksud roket?
Roket adalah sesuatu yang berbentuk silinder yang boleh dilancarkan ke suatu kedudukan yang tinggi seperti angkasa menggunakan enjin roket.

Bagaimanakah roket bergerak?
Roket adalah kenderaan seperti pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang mendapat kuasa daripada enjin roket untuk bergerak. Enjin roket menggunakan bahan kimia atau bahan api pepejal untuk memberi kuasa tujahan kepada roket dengan menggunakan hukum Newton ke 3.

Bilakah roket dicipta?
Roket bermula pada tahun 1926, yang berjaya dilancarkan oleh Robert Goddard dari Amerika Syarikat untuk misi ke angkasa.

Robert Goddard

Namun, roket yang terawal dicipta adalah dalam misi peperangan pada tahun 1806 yang digunakan oleh armada perang Napoleon.

Kenali Roket
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Roket Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

Neil Alden Armstrong pula adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Dalam misi Apollo 11, beliau mendarat di bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke bulan menaiki roket Saturn V dan menghabiskan masa 2½ jam menjelajah.

Space Exploration Technologies Corporation (SpaceX) merupakan sebuah syarikat pengangkutan angkasa lepas dari Amerika Syarikat. Syarikat ini membina kenderaan pelancar atau dikenali roket ulang-alik yang sebahagiannya boleh diguna semula seperti Falcon 1 dan Falcon 9.

Oleh itu, melalui penghasilan penanda buku ini,kanak-kanak dapat menggambarkan dengan mudah bentuk roket tersebut dan kanak-kanak dapat membina bentuk roket terkini.Disamping menarik minat kanak-kanak untuk membaca, penanda buku ini juga sekaligus meningkatkan pengetahuan mereka tentang roket.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Printkan template roket yang disediakan. (Atau anda boleh melukis sendiri bentuk roket yang anda mahu).

2. Potongkan bahagian badan roket tersebut.
3. Tampalkan kertas warna diatas bahagian badan roket dan guntingkan mengikut bentuk template.

4. Cantumkan badan roket menggunakan gam seperti contoh tersebut.

5. Untuk membuat penanda buku,lukiskan segi empat tepat di atas kertas warna dengan ukuran sekurang-kurangnya (4inci x 4inci).
6. Potongkan kertas warna tersebut.

7. Lipat kertas warna tersebut dengan mencantumkan bahagian bucu yang bertentangan. Lipatan tersebut akan menghasilkan bentuk segitiga.
8. Letakkan segitiga tersebut supaya bahagian lipatan berada di bawah.

9. Lipatkan bahagian helaian pertama puncak segitiga. Cantumkan bahagian puncak segitiga dengan bahagian tengah lipatan. Lipatan ini akan menghasilkan poket.

10. Lipatkan segitiga sebelah kanan. Cantumkan segitiga sebelah kanan dengan bahagian puncak segitiga.
11. Masukkan hujung segitiga tersebut dengan melipat sebahagiannya ke dalam poket.
12. Ulang langkah ke 10-11 bagi hujung segitiga sebelah kiri.

13. Lekatkan roket yang dibina di atas kertas yang dilipat tadi.

14. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Sumber aktiviti: https://artsycraftsymom.com/diy-rocket-corner-bookmark-for-kids/

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *