Permainan Minda

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Najmi & Farid
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Template soalan permainan minda
2) Pensel
3) Pemadam

Muat turun template perkataan tersembunyi dengan menekan butang download dibawah:

Objektif Pembelajaran :
1) Memahami konsep tambah, tolak , darab, dan bahagi.
2) Menerangkan konsep mengira.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan bagaimana permainan matematik ini akan menguji daya fikir dan daya menyelesaikan masalah dikalangan pelajar melalui cara soalan yang menguji minda.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Muat turun bahan aktiviti tersebut dan selesaikan bersama-sama orang lain.
2. Setiap peserta diminta untuk mencetak template aktiviti terlebih dahulu.
3. Peserta diminta untuk mengambil gambar setelah menyiapkan tugasan ini.
4. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *