Tempoh pertandingan : bermula hari ini sehingga 15 April 2021
Hadiah Tempat Pertama : 750 Euro
Hadiah Tempat Kedua : 500 Euro
Hadian Tempat Ketiga : 250 Euro

Kategori Pertandingan :
> star trails,
> juraian meteor (meteor showers),
> komet (comets),
> gerhana bulan penuh (total lunar eclipses),
> pencemaran cahaya (light pollution),
> aurora [aurorae (still images and time-lapses)],
> gambar pemandangan luas langit berbintang (wide star fields),
> Sun/Moon haloes, dan
> time lapse 4 bulan utama planet Musytari mengorbit Musytari (time-lapses of Galilean moons orbiting around Jupiter).

Selain dari nilai estetika dan kriteria teknikal, pihak juri yang terdiri daripada panel astrofotografer antarabangsa dan warga pendidik astronomi, akan menilai sebaiknya mengenai nilai pendidikan untuk setiap penyertaan dalam konteks pengajaran untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bagi para pemenang, pemenang bukan sekadar akan menerima hadiah wang tunai tetapi karya astrofotografi mereka akan dijadikan boleh didapati sebagai Sumber Pendidikan Terbuka untuk guru dan pelajar seluruh dunia.

Setiap penyertaan pemenang akan diterbitkan secara kolektif dalam Sumber Pendidikan Astronomi OAE (International Astronomical Union, Office of Astronomy for Education) bawah Creative Commons Attribution (CC BY) 4.0 International Licence.

Sebelum menyertai, pastikan anda membaca syarat-syarat pertandingan disini.

Penyertaan boleh dihantar melalui borang atas talian disini.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila berhubung di: oae-astrophoto@astro4edu.org.

Sumber asal: IAU Office of Astronomy for Education (klik sini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *