Roket Straw

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Aima, Nabilah & Syahindah
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 minit

Kesesuaian Umur : 4 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kotak ubat gigi
2) Pensil warna
3) Gam
4) Gunting
5) Pita pelekat
6) 2 penyedut minuman berlainan saiz
7) Kertas A4

Objektif Pembelajaran :
1) Menerapkan daya kreativiti dalam diri kanak-kanak dalam menggambarkan apa itu roket pada bentuk termudah.
2) Memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang konsep sains seperti konsep kuasa,aerodinamik dan penerbangan dalam sesebuah roket.

Latar Belakang :
Bermula pada awal abad ke-20, roket telah dicipta dengan reka bentuk moden. Banyak kajian dilakukan oleh jurutera untuk menghasilkan roket yang lebih baik dari segi kawalan dan ketahanan. Perubahan pada reka bentuk roket akan mempengaruhi peningkatan, atau penurunan prestasi sesebuah roket. Oleh itu jurutera sentiasa mencuba mereka bentuk roket yang  lebih efektif dari segi prestasi kawalan penerbangan, muatan dan keselamatan dan kos.

Dengan aktiviti ini adik-adik boleh mereka bentuk roket sendiri dan lancarkan roket menggunakan penyedut minuman.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Lukiskan sebuah roket mengikut kesesuaian pada ukuran yang tidak lebih daripada 4x3cm pada kotak ubat gigi.

2. Gunting sehelai kertas dalam ukuran 2x2cm.
3. Gulung kertas yang digunting tadi menggunakan pensil supaya kertas tersebut boleh memuatkan penyedut minuman untuk masuk kedalamnya.
4. Tutup salah satu bahagian penyedut minuman dengan pita pelekat.

5. Lekatkan kertas yang digulung tadi pada belakang permukaan roket yang dilukis. Pastikan bahagian yang telah ditutup dengan pita pelekat berada pada bahagian kepala roket dan ianya diletakkan dalam keadaan menegak.
6. Gunakan satu lagi penyedut minuman sebagai punca kuasa pada roket anda dengan memasukkannya kedalam gulungan kertas yang telah dilekatkan tadi.

7. Hiaskan roket mengikut kreativiti sendiri.
8. Masukkan roket pada straw.
9. Tiupkan penyedut minuman tersebut untuk menerbangkan roket.

10. Bagi menguji kesan aerodinamik pada roket , cuba anda bina roket pada bentuk yang berbeza dan lihat kesannya.
11. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Sumber aktiviti: https://buggyandbuddy.com/straw-rockets-with-free-rocket-template/

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *