Sang Mentari

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Aima & Nabilah
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kertas A4 berwarna jingga dan kuning
2) Gunting
3) Gam
4) Pensil
5) Jangka sudut (pilihan)
6) Pensil warna

Objektif Pembelajaran :
1) Mencipta kraftangan matahari menggunakan kertas dengan lebih cepat dan kemas.
2) Meningkatkan daya kreativiti dalam diri peserta.

Latar Belakang :
Sebagaimana yang diketahui umum, matahari merupakan bintang yang dikelilingi oleh 8 planet termasuk bumi. Oleh itu, modul ini menunjukkan bahawa matahari sebagai pusat kepada sistem suria. Selain jaraknya dengan bumi yang berpurata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu), Matahari mempunyai garis pusat (diameter) 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh membahayakan kepada sesiapa yang memandang terus kepada matahari.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Mulakan dengan sehelai kertas berwarna jingga bersaiz A4.

2. Ambil penjuru kertas di bahagian atas dan lipatkan satu sudut atas ke bawah untuk memenuhi tepi yang bertentangan, dan membentuk segitiga sama kaki.

3. Potong kertas berlebihan di bawah segitiga.

4. Lipat separuh segitiga untuk menghasilkan segitiga yang lebih kecil.

5. Terbalikkan segitiga yang bermuncung tegak ke bawah. Bahagikan segitiga kepada 3 bahagian yang sama, masing-masing dengan sudut 30 darjah. Cara yang paling tepat untuk melakukan ini adalah menggunakan jangka sudut. Jika anda tidak mempunyai jangka sudut, anda boleh menganggarkan saiz bahagian sahaja. Asalkan tidak lari dari bentuk sebenar.

6. Lipat bahagian kiri segitiga ke arah depan.

7. Sama seperti langkah 6, lipat bahagian kanan ke arah depan.

8. Terbalikkan kertas tadi ke belakang dan potong garisan mendatar yang terdapat di atas kertas.

9. Lukis bentuk V yang menyambung kedua-dua sudut di belah atas. Semakin panjang lukisan V anda, semakin panjang sinaran matahari yang terhasil. Potong garisan yang dilukis tadi.

10. Buka lipatan kertas tadi sehingga menghasilkan sebuah matahari yang mempunyai 12 sinaran.

11. Untuk menghasilkan bulatan matahari di tengah, lukis bulatan pada kertas kuning. Lukis bulatan kecil sedikit daripada matahari bersinar dua belas. Anda boleh menekap dan lukis di sekitar mulut mangkuk atau plat kecil.

Potong bulatan kuning yang telah dilukis tadi dan lekatkannya ditengah-tengah matahari menggunakan gam.

12. Lukiskan muka pada matahari anda seperti mana yang anda suka. Dah siap. Comel kan, selamat mencuba!

13. Kongsikan bersama dengan team Apadilangit dengan menaik di laman sosial masing-masing dengan tag Apadilangit dan tanda pagar #ApadilangitMakan #ApadilangitAtHome

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *