Satelit Buatan

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Ain, ‘Aisyah & Zuha
Editor: Dr. Norilmi, Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kotak ubat gigi
2) Kertas A4/ kadbod/ pembaris
3) Mangkuk plastik/ mangkuk polisterin
4) Penyedut minuman
5) Hot glue gun/ gam UHU
6) Gunting
7) Warna air/ penyembur warna (pilihan)

Objektif Pembelajaran :
1) Mempelajari ilmu asas tentang komponen satelit.
2) Menggalakkan pemikiran kreatif.
3) Mempraktikkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
4) Pelajar dapat memahami perbezaan satelit buatan dengan satelit semulajadi.

Latar Belakang :
Satelit ialah suatu objek di angkasa yang mengorbit suatu objek lain dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Satelit terbahagi kepada dua jenis iaitu satelit semulajadi dan satelit buatan.

Contoh bagi satelit semujadi adalah Bulan. Bulan adalah satelit kepada Bumi kerana Bulan mengelilingi Bumi yang lebih besar darinya. Selain itu, Bumi adalah satelit semulajadi bagi Matahari, kerana Bumi mengelilingi Matahari yang lebih besar darinya.

Manakala satelit buatan pula adalah suatu objek yang dicipta oleh manusia yang dilancarkan ke angkasa lepas untuk mengelilingi sesuatu planet bagi tujuan komunikasi, penyelidikan dan sebagainya.

Jenis-jenis satelit buatan ialah:
1. Satelit astronomi (Memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh yang berada di angkasa).
2. Satelit komunikasi (Tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen menggunakan frekuensi gelombang mikro. Contoh satelit komunikasi di Malaysia ialah MEASAT).
3. Untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta).
4. Satelit ketenteraan (Satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera).

Bahagian-bahagian pada satelit (Anatomi Satelit):

Sebuah satelit mengandungi beberapa sistem yang membantunya untuk berfungsi. Berikut adalah komponen yang kebiasaanya ada dalam sebuah satelit:

Panel Suria (Sistem Kuasa)
>> Berfungsi untuk menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan tenaga elektrik atau haba.

Antena dan Penerima-Penyampai (Sistem komunikasi)
>> Merupakan komponen yang bertanggungjawab untuk  komunikasi sama ada menghantar atau menerima isyarat.

Struktur Utama (system struktur)
>> Badan satelit menempatkan semua peralatan yang diperlukan. Ia direka khusus untuk membawa peralatan-peralatan tersebut dengan selamat ke angkasa lepas.

Komputer
>> Ini adalah otak satelit yang menyimpan dan menganalisis semua data, mengawal komunikasinya serta menyediakan data untuk dihantar ke bumi.

 Pengawal Altitud
>> Mengawal dan menstabilkan satelit daripada berpusing-pusing.

Langkah-langkah Aktiviti:
Bahagian Badan Satelit:
1. Sediakan sebuah kotak ubat gigi.

Bahagian Panel Suria:
1. Ambil sehelai kertas A4.
2. Lipatkan kertas tersebut menjadi setengah seperti gambar dibawah.

3. Lipat kertas tersebut menjadi setengah sebanyak 2 kali lagi.

4. Kemudian gunting kertas itu untuk mendapatkan 2 lipatan kertas dengan ukuran 8.5 cm x 9cm.

Bahagian Piring Satelit:
1. Gunakan mangkuk plastik/ polisterin sebagai asas binaan kepala satelit.
2. Ambil satu penyedut minuman untuk membuat antena satelit.
3. Potong penyedut minuman kepada 3 bahagian yang sama panjang.
4. Gamkan penyedut minuman tersebut di bahagian dalam mangkuk plastik seperti gambar dibawah.
5. Kemudian ambil kertas daripada kertas lebihan sayap dan gumpalkan sehingga menjadi sebiji bola kertas kecil.
6. Gamkan bola kertas tersebut di atas antena satelit.

Gabungan akhir bahagian satelit:
1. Gamkan panel suria yang telah dibina pada bahagian sisi kotak ubat gigi seperti gambar dibawah.

2. Cantumkan diantara bahagian piring dan bahagian badan dengan menggunakan gam ataupun pelekat seperti gambar diatas.

Hasil Model Satelit:
1. Akhir sekali, untuk mencantikkan lagi model satelit ini, pelajar boleh menggunakan penyembur warna ataupun warna air padanya. (Pilihan dan memerlukan bantuan atau pengawasan daripada orang dewasa.)
2. Jemurkan satelit tersebut dan tunggu sehingga ia kering.
3. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *