Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Ain, ‘Aisyah & Zuha
Editor: Hafez & Hazim
Tempoh Masa : 30 minit
Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 17 tahun
Peralatan dan Bahan :
1) Soalan silang kata (muat turun dan cetak, link di bahagian langkah-langkah)
2) Pen / pensel
Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan daya fikir peserta.
2) Menambah ilmu pengetahuan peserta mengenai satelit.
Latar Belakang :
Satelit berasal dari bahasa Latin, satelles yang bererti peranti atau seseorang yang mematuhi pihak lain. Namun secara ilmiah, satelit adalah benda angkasa yang bergerak mengelilingi / mengorbit sebuah planet.
Satelit terbahagi kepada dua jenis, iaitu Satelit semulajadi dan Satelit buatan. Satelit semulajadi adalah seperti Bulan yang mana ia menjadi satelit semulajadi bagi Bumi. Satelit buatan pula ialah satelit yang dibina oleh manusia dan dilancarkan ke orbit bumi menggunakan teknologi sedia ada. Antara satelit buatan yang kita sedia maklum adalah seperti berikut:
1. Satelit Cuaca (Weather Satellite)
>> Untuk mengetahui keadaan iklim dan cuaca di Bumi.
>> Contohnya, Satelit Feng Yun
2. Satelit Komunikasi (Communication Satellite)
>> Digunakan untuk sistem komunikasi jarak jauh, seperti jaringan telekomunikasi, internet, dan data.
>> Contohnya, MEASAT atau Malaysia Communications Satellite.
3. Satelit Navigasi (Navigation Satellite)
>> Sistem satelit yang menyediakan posisi geospasial secara mandiri dengan jangkauan global biasa.
>> Contohnya, Indian Regional Navigation Satellite System (IRNSS).
4. Satelit Pengindraan Jauh (Remote Sensing Satellite)
>> Untuk mengamati Bumi dari orbit yang ditujukan khusus untuk penggunaan bukan ketenteraan.
>> Contohnya, Satelit RazakSAT.
5. Satelit Kajian Saintifik (Scientific Research Satellite)
>> Menyediakan data survei tanah, radio amatur, maklumat meteorologi dan lain-lain.
>> Contohnya, Satelit Landsat-5 TM.
6. Satelit Ketenteraan (Military Satellite)
>> Digunakan untuk kepentingan ketenteraan seperti pengamatan kepintaran asas satelit, navigasi, dan komunikasi ketenteraan.
>> Contohnya, satelit Rusia Luch atau Olymp.
MEASAT atau turut dikenali sebagai Satelit Asia Timur Malaysia merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh negara kita. MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 manakala MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia. Dengan pelancaran MEASAT-3, perkhidmatan perhubungan ini dikembangkan lebih jauh sehingga menjangkau 70% dari penduduk dunia.
SPUTNIK 1 pula adalah satelit tiruan pertama di dunia oleh Soviet Union.
Selain itu, ISS atau juga dikenali sebagai International Space Station pula adalah pusat stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa di angkasa.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Cetak template silangkata melalui link yang disediakan.
2. Jawab silang kata berdasarkan maklumat yang diberikan.
3. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.
Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!