Stesen Satelit Bumi

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Ain, ‘Aisyah & Zuha
Editor: Dr. Norilmi, Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 13 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Kotak berbentuk segi empat tepat/ segi empat sama
2) Penutup botol mineral
3) Mangkuk plastik/ polistrin
4) Pinggan plastik/ polistrin
5) Penyedut minuman besar
6) Kertas terpakai
7) Hot glue gun/ gam UHU
8) Warna air/ penyembur cat (pilihan)
9) Berus lukisan (jika menggunakan warna air)

Objektif Pembelajaran :
1) Mengetahui ilmu asas tentang stesen satelit bumi.
2) Mengamalkan sifat 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
3) Menghasilkan model Stesen Satelit Bumi.

Latar Belakang :
Stesen Bumi adalah terminal telekomunikasi yang berada di bumi, yang direka khas untuk berkomunikasi dengan kapal angkasa atau satelit dengan cara menerima atau menghantar gelombang radio dengan frekuensi tertentu ke/daripada angkasa. Gelombang radio ini membawa data daripada satelit dan akan diproses di stesen bumi. Stesen bumi juga boleh menghantar arahan kepada satelit untuk melakukan tugasan tertentu.

Stesen Satelit Bumi biasanya dibina di tempat yang jauh dari kawasan penduduk untuk menghindarkan pengaruh radiasi atau kawasan industri yang berdebu. Di Malaysia terdapat beberapa Stesen Satelit Bumi iaitu di Banting, Uitm, cyberjaya (measat).

Antara contoh Stesen Satelit Bumi:
1. Stesen Satelit Bumi Kuantan.

Stesen Satelit Bumi Kuantan terletak di Pantai Beserah, Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia dikendalikan oleh Jabatan Telekom, yang telah bertukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) selepas diswastakan. Stesen satelit ini siap pada 1970.

Tujuan utama stesen satelit bumi ini ialah meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

2. Stesen Satelit Bumi Goonhilly.

Stesen Satelit Bumi Goonhilly terletak di Goonhilly Downs, Cornwall, England dan dimiliki oleh Goonhilly Earth Station Ltd. Semasa era pembinaanya, stesen satelit bumi ini merupakan stesen satelit bumi yang terbesar di dunia dengan jumlah 25 buah piring komunikasi yang digunakan dan menggunakan kabel bawah laut. Ia dibina pada tahun 1962 untuk berhubung dengan satelit Telstar. Stesen satelit bumi ini memainkan peranan penting dalam menyiarkan acara komunikasi seperti perlawanan Muhammad Ali, perlawanan Olympic dan pendaratan Apollo 11.

Langkah-langkah Aktiviti :
Kepala model Stesen Satelit Bumi
1. Ambil sebiji pinggan plastik/ polistrin untuk digunakan sebagai piring parabola.
2. Kemudian, gunakan 3 batang penyedut minuman bersaiz besar sebagai antena.
3. Gamkan ketiga-tiga penyedut minuman di bahagian dalam pinggan plastik seperti gambar hasil dibawah dan tunggu sehingga gam kering.
4. Kemudian ambil sebiji mangkuk plastik/ polistrin dan gamkan bibir mangkuk ke tengah-tengah bahagian belakang pinggan plastik.
5. Ambil kertas A4 terpakai dan gumpalkan kertas tersebut menjadi bola kertas.
6. Gamkan bola kertas di atas penyedut minuman yang telah digamkan pada pinggan plastik dan tunggu sehingga gam kering.
7. Bahagian kepala model telah siap.

Leher model Stesen Satelit Bumi
1. Dengan menggunakan 2 biji penutup botol mineral, gamkan bahagian bawah penutup botol A yang terbuka dengan bahagian penutup botol mineral B yang terbuka.
2. Bahagian leher model telah siap.

Badan model Stesen Satelit Bumi
1. Ambil sebiji kotak yang berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama sebagai badan model Stesen Satelit Bumi.

Sentuhan Akhir
1. Cantum dan gamkan bahagian kepala, leher dan badan model yang telah dibina sebelum ini mengikut contoh dibawah.

3. Model yang telah siap dicantum dan digamkan boleh diwarnakan menggunakan warna air atau penyembur cat.

4. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *