Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fatin, Najiha & Syazwani
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 45 – 60 minit

Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 12 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) 1 Botol air
2) 2 penutup botol
3) 3 batang penyedut minuman
4) Kertas balutan
5) Sekeping gambar
6) Gunting atau pisau
7) Gam (jenis : UHU,cap gajah atau 3 saat)
8) Pita pelekat
9) Warna pensil atau cat air

Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan daya kreativiti dan reka cipta.
2) Membentuk kemahiran dalam mereka cipta.
3) Membina model figura angkasawan.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan tentang bagaimana sut angkasawan berfungsi. Sebelum itu, siapa angkasawan ini? Angkasawan adalah seseorang yang dilatih untuk mengarah, memandu dan berkhidmat sebagai krew penerbangan kapal angkasa lepas. Secara umumnya mereka adalah pengembara profesional pergi ke angkasa lepas. Sebuah sut angkasa lepas dipakai oleh angkasawan untuk memastikan keselamatannya dalam persekitaran angkasa lepas, vakum dan suhu yang melampau.

Contoh sut angkasawan.

Sut angkasa yang lengkap harus memenuhi beberapa kriteria penting bagi memastikan pemakainya berada dalam keadaan selamat dan selesa baik di dalam mahupun di luar kapal angkasa seperti:
>> Tekanan dalaman yang stabil.
>> Pembekalan oksigen.
>> Pengawalaturan suhu.
>> Suatu sistem komunikasi yang berhubung kepada kapal angkasa.
>> Kaedah pengumpulan tinja badan cecair dan pepejal.

Komponen pada sut angkasawan.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Ambil satu botol dan potongkan bahagian atas botol menggunakan gunting atau pisau.
**Pastikan anda meminta bantuan orang dewasa untuk menggunakan pisau!

2. Kemudian, ambil sehelai kertas putih dan balut bahagian bawah botol seperti di bawah.

3. Lekatkan gambar menggunakan pita pelekat di bahagian dalam botol.

4. Gunting setiap penyedut minuman kepada 4 bahagian.

5. Cantumkan dua bahagian penyedut minuman menggunakan pita pelekat seperti di bawah. Lakukan yang sama bagi bahagian selebihnya .
Jadi, anda akan mempunyai 6 bahagian yang bercantum.

6. Balut kesemua bahagian menggunakan lebihan kertas balutan tadi.

7. Ambik satu penutup botol kemudian letakkan sedikit gam di atas penutup dan segera lekatkan satu bahagian penyedut minuman yang bercantum sebagai kaki angkasawan.
8. Ulang langkah di atas untuk lagi satu penutup botol.

9. Lekatkan kedua-dua kaki angkasawan yang telah siap tadi pada bahagian bawah botol menggunakan gam.

10. Untuk membuat tangan angkasawan, ambil dua bahagian penyedut minuman. Gunting mengikut garisan merah seperti dalam gambar.
11. Kemudian cantumkan kedua-dua bahagian seperti gambar di bawah (sebelah kiri) menggunakan gam atau pita pelekat.

12. Seterusnya, gunting mengikut garisan merah seperti di dalam gambar (kanan).

13. Ambil sedikit kertas dan renyukkan menjadi satu bola kecil dan gabungkan bola kecil tersebut di hujung tangan yang telah siap tadi.

14. Ulang langkah 10 hingga 13 untuk sebelah tangan lagi.
15. Lekatkan kedua-dua tangan pada badan botol tadi seperti gambar di bawah.

16. Akhir sekali, anda boleh hiaskan angkasawan anda mengikut kreativiti anda sendiri menggunakan warna pensil atau cat air yang anda telah sediakan.
17. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *