Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Aima, Nabilah & Syahindah
Editor: Hafez & Hazim
Tempoh Masa : 20 – 30 minit
Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 17 tahun
Peralatan dan Bahan :
1) Bekas potato chip bersaiz kecil (yang telah dicuci dengan bersih)
2) Marker pen warna hitam
3) Pisau
4) 2 helai Kertas A4 berwarna putih
5) Pensel
6) Pensil warna / krayon / magic pen
7) Gam
8) Gunting
9) Kotak
Objektif Pembelajaran :
1) Dapat mengenal salah satu pengangkutan ke angkasa lepas secara ringkas.
2) Mengetahui misi-misi yang dijalankan sepanjang pelancaran space shuttle ke angkasa.
3) Memahami fungsi reka bentuk dan komponen badan space shuttle dalam penerbangan.
4) Mengetahui sumbangan space shuttle terhadap astronomi dalam misi-misi pelancaran sebelum ini.
Latar Belakang :
Apa itu Space Shuttle?
Space Shuttle ialah pesawat ulang alik yang telah dicipta oleh Amerika Syarikat yang bertujuan untuk menjalankan misi penerbangan ke angkasa lepas terutamanya dalam penerokaan angkasa. NASA telah menghasilkan lima buah pesawat yang serupa dan masing-masing mempunyai nama tersendiri iaitu Columbia, Challenger, Discovery, Atlantis dan Endeavour.
Kronologi misi space shuttle mengikut turutan pesawat:
1. Pesawat Columbia
>> Misi pertama bagi pesawat ini adalah dilancarkan dari 12 April hingga 14 April 1981.
>> Misi terakhir, pada 1 Februari 2003, pesawat ini meletup dalam misi ke-28 telah menyebabkan kematian anak kapal seramai tujuh orang.
>> Pesawat ini telah melakukan 28 penerbangan, menghabiskan masa selama 300,74 hari di luar angkasa, menyelesaikan 4.808 orbit dan terbang sejauh 201.497.772 km termasuk misi terakhirnya.
2. Pesawat Challenger
>> Misi pertama, pada 4 April 1983 dan telah meletup dan berkecai selepas 73 saat dilancarkan ketika menjalankan misi ke-10 pada 28 Januari 1986.
>> Misi terakhir ini juga telah menyebabkan kematian seramai tujuh orang anak kapal.
3. Pesawat Discovery
>> Misi pertama, pada 30 Ogos 1984 yang bertujuan untuk misi-misi penyelenggaraan stesen angkasa antarabangsa.
>> Pesawat ini telah melakukan 39 penerbangan dan menghabiskan masa selama lebih 365 hari di luar angkasa.
>> Pada 29 Oktober 1998, pesawat ini telah membawa angkasawan John Glenn ke angkasa lepas.
>> Pada 26 Julai hingga 9 Ogos 2005, misi penerbangan pertama selepas kemalangan pesawat Columbia
>> Misi terakhir, pada 24 Februari hingga 9 Mac 2011.
4. Pesawat Atlantis
>> Misi pertama, pada 3 Oktober 1985 yang dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan untuk melancarkan dua satelit DSCS-III ke orbit pegun.
>> Pesawat ini telah menjalankan sebanyak 33 misi penerbangan, menghabiskan 306.59 hari di angkasa, menyudahkan 4,848 orbit, dan telah terbang 125,935,769 batu keseluruhannya.
>> Misi terakhir Atlantis dan program Space Shuttle adalah pada 8 Julai 2011 bagi misi pembekalan Stesen Angkasa Antarabangsa.
5. Pesawat Endeavour
>> Pesawat terakhir yang dibina bagi menggantikan pesawat Challeger yang telah musnah.
>> Setelah sekitar 19 tahun beroperasi, Pesawat Endeavour akhirnya menyelesaikan penerbangan terakhirnya pada 1 Jun 2011.
>> Misi terakhirnya adalah dari 16 Mei hingga 1 Jun 2011 yang mendarat di Kennedy Space Center dan seterusnya dipindahkan ke California Science Center di Los Angeles.
Komponen utama Space Shuttle dan cara penerbangannya:
Pesawat ulang alik ini menyerupai kapal terbang yang mana, ianya dilengkapi dengan sistem kemudi, sayap dan sistem pendorong di bahagian tempat angkasawan melakukan kerja-kerja mereka semasa dalam perjalanan ke angkasa. Pesawat ini juga terdiri daripada beberapa sistem tertentu iaitu dua buah pengorbit, tangki luar dan roket padat.
Di bahagian pengorbit, pesawat ulang alik ini dikendalikan daripada bahagian atas manakala di bahagian bawah pula merupakan kawasan tempat tinggal angkasawan yang terdiri daripada bilik tidur, dapur dan sebagainya. Mesin utama diletakkan dibelakang orbiter. Orbiter ini yang akan kembali ke bumi setelah selesai misi yang dijalankan.
Tangki luar (External Tank) yang berisi bahan bakar sebanyak 2,393,873.3 liter berfungsi untuk membekalkan bahan bakar ke mesin utama. Apabila dua roket padat (Solid Rocket Boosters) dipisahkan dari pesawat ini, mesin utama akan dihidupkan dengan menggunakan bahan bakar dari tangki luar. Kemudian tangki luar ini dilepaskan daripada pesawat pada ketinggian 113 km jatuh ke lautan.
Roket padat seberat 0.58967 kilogram ini boleh menghasilkan daya tolak sebesar 1.20202 kilogram dan berfungsi sebagai pendorong kepada pesawat ini serta boleh diluncurkan dalam ketinggian 45 km daripada permukaan bumi.
Penggalak roket pepejal dan enjin utama pada orbiter membantu melancarkan pesawat dari Bumi seperti roket. Kedua-dua penggalak roket pepejal ini diturunkan dari pesawat ulang-alik selama dua minit selepas pelancaran lalu jatuh ke dalam lautan. Terdapat kapal yang dikhaskan untuk mengangkat penggalak roket pepejal tersebut keluar dari laut untuk kegunaan semula penerbangan lain. Seterusnya, tangki luar dijatuhkan dari orbiter selepas semua bahan bakar dalam tangki digunakan. Tangki luar ini akan dibakar di atas bumi bermakna ia tidak boleh digunakan semula. Ketika misi selesai, pesawat ulang-alik yang kembali ke bumi akan turun dari langit seperti pesawat layar dengan mengeluarkan roda dari bawah orbiter.
Sumbangan Space Shuttle:
>> Membawa pelbagai muatan seperti satelit yang akan mengorbit bumi.
>> Membawa bahagian-bahagian badan Stesen Angkasa Antarabangsa untuk dibina di angkasa.
>> Membawa anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa untuk misi-misi penyelenggaaran.
>> Space shuttle dianggap seperti makmal sains kerana angkasawan akan melakukan eksperimen di dalam pesawat tersebut. Hal ini kerana, kajian yang dilakukan di angkasa berbeza dengan kajian yang dilakukan di bumi.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Lukiskan segi empat tepat diatas penutup bekas potato chip menggunakan marker pen berwarna hitam. Pastikan segi empat tersebut besar sedikit dari saiz duit syiling lama 50sen.
2. Tebuk lubang tersebut menggunakan pisau. Proses ini haruslah dijalankan dengan berhati-hati dan perlu dibawah pengawasan ibubapa.
3. Balut sehelai kertas A4 putih pada badan bekas potato chip supaya lebihan kertas dapat diukur. Tandakan lebihan tersebut dengan pensel.
4. Gunting lebihan kertas mengikut tanda tadi.
5. Lukis corak yang anda minati pada kertas yang telah dipotong tadi menggunakan pensel dan warnakan ia menggunakan pensel warna/ krayon/ magic pen supaya kelihatan lebih menarik.
6. Kemudian gamkan pada bahagian belakang kertas dan lekatkan pada bekas potato chip. Maka, terbentuklah badan roket.
7. Ambil kotak dan ukur pada badan bekas potato chip. Tandakan kotak tinggi 21cm dan lebar 15cm dengan pensil. Lebihkan ukuran supaya kontur(sayap) roket sesuai dengan badan roket.
8. Lukis kontur roket pada kotak dan gunting mengikut bentuk lukisan tadi seperti rajah di bawah.
9. Ambil sehelai kertas A4 berwarna putih dan tampalkan pada kontur roket yang telah digunting tadi. Gunting kertas mengikut bentuk kontur roket.
10. Gamkan dan gabungkan badan roket pada kontur roket. Pastikan kedudukannya berada betul-betul di tengah-tengah kontur roket.
11. Langkah terakhir, hiaskan kontur roket supaya nampak lebih menarik.
12. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.
Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!