Topi Keledar Angkasa

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Fatin, Najiha & Syazwani
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 75 minit

Kesesuaian Umur : 6 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
Membuat topi angkasawan :
1) Gunting
2) Gam
3) Pita pelekat
4) Kertas warna
5) Air
6) Cat air (merah, hitam & putih)
7) Berus cat air
8) Bekas cat air
9) Topi keledar atau belon
10) Kertas (surat khabar atau kertas serbaguna)

Membuat beg angkasawan :
1) Gunting
2) Gam
3) Botol air plastik besar (2)
4) Cawan kertas atau plastik (2)
5) Air
6) Cat air
7) Berus cat air
8) Bekas cat air
9) Kertas warna
10) Kertas
11) Cat penyembur
12) Tali atau beg kain terpakai

Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan daya kreativiti dan reka cipta.
2) Memberi pengalaman kepada para peserta untuk memakai sut angkasa.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan tentang sut angkasa lepas. Ia dipakai di dalam kapal angkasa sebagai langkah keselamatan jika terjadi kehilangan tekanan kabin. Selain itu, ia diperlukan untuk aktiviti extravehicular (EVA), iaitu aktiviti yang dilakukan di luar angkasa.

Sut angkasa lepas juga dipakai untuk aktiviti dalam orbit Bumi, di permukaan Bulan, dan dalam perjalanan balik dari Bulan ke Bumi.Ssut angkasa lepas moden telah ditambah baik dengan sistem peralatan yang lebih kompleks dan sistem alam sekitar yang direka khas untuk memastikan pemakai selesa. Ia dilengkapi dengan bekalan oksigen yang tersendiri dan sistem kawalan ini sering digunakan untuk membolehkan angkasawan bebas bergerak.

Contoh sut angkasawan.

Sut angkasa lepas terbahagi kepada dua bahagian iaitu topi keledar dan sut. Jadi di dalam modul ini kita akan mencipta satu topi keledar angkasa supaya kita dapat rasai bagaimana pengalaman angkasawan berada di angkasa.

Reka bentuk topi keledar seperti kubah spheroidal adalah penting dalam mengimbangkan medan penglihatan, perubahan tekanan, dan berat badan yang rendah. Satu kekurangan reka bentuk topi keledar ini adalah ia tetap menghadap ke depan dan tidak dapat bergerak  ke kiri atau ke kanan. Angkasawan memanggil kesan ini adalah kesan “kepala buaya.”

Langkah-langkah Aktiviti:
Membuat helmet angkasawan :
1. Balut keseluruhan topi keledar anda menggunakan kertas ATAU tiup belon cukup besar dengan kepala dan ikat belon. Kemudian, lekatkan kertas atau tisu kertas dengan gam di atas belon menutupi belon dan biarkan gam kering selama 5 jam. Kemudian, letupkan belon.

2. Kemudian, tampalkan di atas topi keledar menggunakan pita pelekat atau jika tiada pita pelekat hitam, guna kertas warna hitam.

3. Seterusnya, untuk membuat antena ambil keratan kertas warna yang telah digunting kecil dan gulung kertas warna tersebut (warna mengikut citarasa anda).

4. Lekatkan di tepi topi keledar seperti dalam gambar. Anda boleh hias antena dengan origami bintang atau seumpamanya.

5. Untuk fon kepala pada topi keledar, lukis bulatan di kertas warna hitam dan gunting kemudian tampal seperti dalam gambar. Anda boleh menambah dekorasi dengan membuat garisan merah di sepanjang jaluran hitam.

Membuat beg angkasawan :
1. Anda perlu sembur atau cat dua botol plastik besar dengan warna hitam. Pastikan anda alas dengan surat khabar atau kertas sebelum mewarna.

2. Setelah botol plastik itu kering, lekatkan kedua-dua botol menggunakan pita pelekat seperti dalam gambar.

3. Kemudian, gunting separuh kertas warna dan tampalkan satu di atas dua botol plastik itu sebagai hiasan. Anda boleh membuat keratan bintang untuk menambah hiasan.

4. Sediakan cat air berwarna merah kerana anda akan guna untuk cat luaran dua cawan kertas atau plastik seperti dalam gambar.

5. Setelah cawan itu kering, lekatkan cawan tersebut pada bahagian penutup botol seperti dalam gambar.

6. Lukis corak api di atas kertas warna kemudian gunting corak yang telah anda lukis.

7. Keratan corak api itu ditampal pada hujung cawan tersebut sebagai ekzos beg angkasawan.

8. Gunakan apa-apa tali atau kain sebagai tali beg. Gunting dan tampal tali tersebut, satu di bahagian bawah botol dan satu lagi di bahagian atas botol.

9. Sut angkasawan sedia bertindak. (Nota: beg angkasawan dipakai dengan cawan di bahagian bawah.)

Gambar kreatif diambil dari Khadijah Othman.

10. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *