Astronomi dan Al Quran

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Farid, Najmi & Sarah
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 7 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Template soalan
2) Pensel / Pen

Objektif Pembelajaran :
1) Menguji tahap pengetahuan am dalam astronomi.
2) Mengetahui kandungan Al-Quran yang berkisarkan ilmu astronomi.
3) Menambah perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan mengenai asas ilmu astronomi dalam Islam secara spesifik dalam Al Quran.

Ilmuan falak menggunakan beberapa alatan tradisional falak seperti rubu’ mujayyab dan astrolabe.

A) Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu astronomi?
Ilmu astronomi juga dikenali dengan ilmu falak adalah merupakan ilmu yang mempelajari tentang posisi benda-benda langit, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Selain itu juga, ilmu inimerupakan ilmu yang dikenali sebagai ibu kepada sains (queen of science) itu sendiri. Surah al-Anbiyā’: ayat 33 menerangkan mengenai pergerakan objek langit pada paksi peredarannya yang tersendiri.

B) Mengapakah ilmu ini penting untuk dipelajari?
Melalui modul ini, pelajar dapat mengetahui perkaitan antara astronomi dan kandungan Al-Quran Al-Karim serta dapat menghuraikan fakta-fakta astronomi di dalam Al-Quran seperti fungsi bintang, penggunaan alatan falak, kejadian gerhana serta syariat Islam yang berkaitan dengan falak.

C) Bagaimana modul ini membantu untuk mengetahui tentang ilmu falak?
Modul latihan Ilmu Falak ini terdiri daripada Teka Silang Kata yang terdiri daripada Tahap 1 dan Tahap 2 serta Kuiz Ilmu Falak.
> Tahap 1 sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
> Tahap 2 sesuai dilakukan oleh pelajar sekolah menengah.
> Kuiz Ilmu Falak pula sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Pelajar/ahli keluarga perlu mencetak modul.
2. Membaca soalan.
3. Menulis jawapan di dalam silang kata yang telah dicetak.
4. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Muat turun soalan disini:

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *