Bumi sebagai Sfera

Modul dirangka dan diubahsuai oleh: Ain & Zuha
Editor: Hafez & Hazim

Tempoh Masa : 30 – 45 minit

Kesesuaian Umur : 9 tahun hingga 17 tahun

Peralatan dan Bahan :
1) Peranti mudah alih / Komputer.
2) Laman sesawang puzzle (tekan button dibawah).

Objektif Pembelajaran :
1) Meningkatkan daya fikir peserta.
2) Memahami geosfera bumi.

Latar Belakang :
Modul ini menerangkan biofizikal bumi apabila dilihat dari angkasa. Ia terdiri dari daratan yang berwarna coklat dan kehijauan serta biru menandakan lautan. Warna putih adalah awan yang terdapat di atmosfera bumi. Bumi adalah satu-satunya planet yang mengandungi kehidupan kerana kedudukannya terletak di di kawasan yang sesuai untuk kehidupan. Kehidupan di bumi terdiri dari flora dan fauna.

Langkah-langkah Aktiviti:
1. Klik laman sesawang yang diberikan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon atau komputer riba.
2. Susun gambar (jigsaw puzzle) melalui laman sesawang yang disediakan.
3. Ambil gambar (screenshot jika menggunakan telefon dan print screen jika menggunakan komputer) setelah menyiapkan tugasan ini.
4. Kongsi hasil kerja anda setelah siap di media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan tag Apadilangit serta #ApadilangitAtHome.

Selamat Mencuba Aktiviti Ini !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *